Semangat Padi

Semangat padi ialah satu kepercayaan bahawa padi itu dijaga oleh satu semangat atau roh. Secara amnya kepercayaan semangat padi adalah sebahagian daripada animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat(roh). Pada konteks ini, penanaman padi merupakan suatu kerja yang melibatkan pelayanan dengan semangat padi. Perhubungan dengan semangat padi dilakukan dengan melalui bermacam-macam upacara dan dengan menggunakan bahasa jampi.Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya. Kepercayaan ini terdapat meluas di kalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja. Kepercayaan ini kian terhakis di kalangan orang Melayu akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga perkembangan sains dan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.[1]